Wahai Jiwa yang Tenang

Archive for February 2008

jauh15.jpg

 

Hari ini panas sekali…

Mentari terik…

Garing baju di ampaian…

Kering longkang di jalanan…

Ya…

Kering…

Tanah pula juga gersang..

namun…

Adakah ia segersang yang terbuku di hatiku?

Sekering iman ku kah?

Ah…

Sungguh…

Benar…

Aku pernah merasai nya…

Aku pernah meneguk air laut…

Masin..

Makin menghauskan…

Apa lagi mengenyangkan…

Ah…

Laksana itukah cinta…?

Cinta manusia yang hina?

Yang kalau dikejar, makin jauh?

Yang kalau difikir, makin gila?

Ah…

Tidak mahu lagiku berpaling…

Apa lagi terjerumus kembali…

Pada lumpur yang menyesakkan itu

Aku ingin lupakan..!!!

Ctrl+alt+delete!

 

17feb1987

—————————————————————————————————————————-

xperlu kau fahami…

Advertisements

“Nak jumpe x?”

“Boleh jugak… Nak jumpe kt mane?”

“Mane2 la… weih, elaun dh masuk kn? Ko dapat berapa?”

“Samela…”

“Ha, belanja aku eh…Nak secret recepi…”

Mane mkn sgt sec rcpi ni… xpela.. raikan org…

***

1 new message

Jumpe kt Secret Recipe…

Option> reply

Ok

“Take away or makan sini?”

“Makan sini”

cake2.jpg


Table #8 Bill #1

Order #P3066020 Covers #3

1 CAPP CHS (S) 6.30

1 CHOC INDULG (S) 6.30

1 TIRAMISU (S) 6.30

1 ICE CHOC W/CRM 7.50

1 WHITE CARAMEL MOCHA 7.50

1 AFFOGATO 7.50

6 ITEMS 41.40

Serv. Chrg. AMOUNT 4.14

Govt. Tax AMOUNT 2.07

SUBTOTAL 47.61

CASH 50.00

CHANGE 2.39

Ha???hhmmm…xpela, raikan org.

***

“Habiskanlah…” namun ku menggeleng. Rasa mual. Memang dah agak dah, bukannya aku makan sangat benda ini…

“Aku habiskan eh?” ha, bagusla..at least, xla membazir.

***

Sebaik sahaja lepas solat, sekonyong-konyong perutku memulas, kepala ku berat. Tiada lain yang ku fikirkan untuk ketika itu melainkan doa supaya aku x ptam di situ. Lantas, ku ambil semua barang-barangku. Bulat tekadku, aku harus pulang sekarang sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Langkahku laju. Alhamdulillah, ada teksi.

Kenapa sakit pulak ni? Kurenung kembali, apakah ini kafarah dosaku? Peringatan dariNya? Lantas ku teringat kalamNya…

“…dan mereka makan seperti binatang ternak makan…”(Muhammad:12)

Ayat ini kami tadabbur bersama Kak kim tatkala membincangkan matlmat hidup manusia. kata kak kim… ayat ini nak tunjuk bahawa, memang ada manusia di dunia ini yang matlamat hidupnya ialah makan. Ye, makan dengan sedapnya. Hingga sanggup berhabis duit untuk makan sesuatu yang dirasakan sedap. Ada manusia yang sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk travel ke suatu tempat yang mempunyai tempat makan yang ada menu yang dikatakan best…. Ya Allah, apakah aku tergolong dalam golongan ini?… na’uzubillahimin zalik.

Hati tetap memujuk, aku hanya ingin meraikan orang…

***

Namun, jauh di sudut hatiku mempersoal niat sendiri… apakah benar kamu ingin meraikan orang, atau hanya menumpang niat itu untuk memenuhi keinginanmu yang sebenar? Insaflah wahai hati..

sr::170208

cake3.jpg

syahiditusuci_wardatus-syahidah.jpg

Dalam kalut, lautan manusia..

Kau terduduk lemah.

Walaupun sesekali ada kerutan menahan sakitmu…

Namun wajahmu masih tenang.


 

“Assalamualaikum…” dia menguak pintu rumahku lantas terus terduduk setelah melangkah beberapa tapak. Wajahnya pucat lesu. Matanya yang bundar itu kini kulihat kuyu dan sembab…

“Wa’alaikumussalam… nape ni kak long?…”

“Sya… ade kereta tak? Kak long nak minta tolong hantar ke hospital…” Kasihan Kak Long… dah lima hari dia kelihatan x bermaya. Dah beberapa kali dia ke klinik. Dan semalam, dia ke hospital, namun terpaksa pulang lantaran terlalu ramai pesakit di unit kecemasan itu.

“Kereta xda. Orang guna… tp k ain boleh hantarkan. Boleh kan kak?”

“Boleh…akak always available..” baals k ain yang memang sentiasa tidak menghampakan harapan sesiapa yang meminta.

***

4 jam? Lame nye…dh la ramai org… boleh ke dia ni tahan…?

“Sya, tolong urutkan…”

Kuurut bahunya…belakangnya… hampir- menekan bahagian perutnya, dia menahan tanganku…dan tiba-tiba kurasakan getaran kakinya.

“Sejuk ke kak?”

Dia menggeleng. Allah, kasihannya. sampai menggigil menahan kesakitan. Apa yang mampu ku buat? Andai boleh ku offer untuk tanggung sebahagian daripada sakitnya, sudah tentu aku tidak mampu.

Sekejap-sekejap dia mengalih kedudukannya… semuanya serba tidak kena… hatiku hanya mampu berbisik… ”sabarlah k long”

***

“Tidaklah ditimpakan suatu kesukaran

melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNYA”(2:286)

Duhai, sabarlah…hanya itu yang mampu ku katakakan.

            Sabarlah, kerana hari ini engkau terpilih menerima ujianNya

Yang hakikatnya, tiada sebab lain melainkan KasihNya padamu

“tiadalah yang menimpa seorang mukmin itu

Walaupun hanya tertusuk duri

Melainkan akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

Moga Allah menghitung kesabaranmu untuk

setiap urat yang merasai kesakitan

Untuk setiap detik yang merimaskanmu

Moga dengan ini, akan bertambah darjat keimananmu

pada pandanganNYA..

            dan dalam doa sujud terakhirku…

            “Ya Allah, berilah kekuatan pada insan yang kukasihi ini

Serta kesabaran dalam menghadapi ujianMu

            Ku yakin, tiada kuasa yang mampu menyembuhkannya selainMu Ya Allah

            Maka    ya Allah…sembuhkanlah wahai Tuhan yang memegang stiap jiwa”

 

ppum::170208::1810

liqa pertama…

sgt menyentuh hati…

“dan langit, bangaimana ia ditinggikan?” (al-Fajr:18)

ipkita-001_0001.jpg

***

Bismillahirrahmanirrahim..

nama..

identity crisis..

dalam tarbiyah secara x sgaja…1 tahun setengah

anak ketiga daripada lima adik-beradik

ayat yang sy dapat

“dan langit, bagaimana ditinggikan..”

sememangnya Allah, Tuhan sekalian alam ini

ingin agar kite merenung hakikat penciptaanNya

“maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?

dan langit, bagaimana ia ditinggikan?

dan gunung-ganang, bagaimana ia ditegakkan?

dan bumi, bagaimana ia dihamparkan?”

Allah seolah-olah bertanya kepada kita..

tidak cukupkah keajaiban yang Dia lakukan,

sehingga kita meng’illah’kan Dia dengan yang lain?

maka, diri berkata, “aku x mahu tergolong bersama mereka

lantas, ayat ini menjadi ayat yang memujuk hati ini…

lantaran sedar akan hakikat penciptaan alam al wujud ini,

maka berikanlah peringatan,

kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.

kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka!

tetapi, orang-orang yang berpaling dan kafir,

maka Allah akan mengazabnya denagn azab yang besar.

sesungguhnya, kepada Kamilah mereka kembali,

kemudian sesungguhnya, kewajipan Kamilah mengazab mereka.”

Hati terpujuk…

terkenang kembali saat-saat diri di’tolak’

saat-saat diri dipandang rendah, lantaran IQ yang tidak setanding

saat-saat dilirik sinis

saat-saat dipersoalkan, “kenapa result kamu teruk???”

saat-saat bila diri di label ‘ekstrim…”

di label, “tidak mempedulikan masalah orang lain…”

di label, “salah faham terhadap apa yang difahami…”

saat-saat bila mana terasa, apakah asing sekali ‘bahasa’ ku? hingga amat sukar untuk berinteraksi?

tatkala hati membentak “Arrgghhh! aku x mampu buat apa2!!!!”

dan segala macam peristiwa yang sangat perit untuk dikenang…

Hati sebak, tuntas mengalir air mata tatkala melafazkan kalimah-kalimah suci Allah itu..

sememangnya rasa diri terpujuk…kerana indahnya kalamNya

 

namun persoalnnya wahai diri,

apakah kamu sudah benar-benar memberi peringatan?

apakah tandingnya apa yang kamu hadapi dengan apa yang rasulNya terima?

apakah layak untuk dirimu terpujuk dengan kalimah Nya itu…

sedarlah wahai hati…

apa yang kamu hadapi itu hanyalah habuk dan debu taranya dengan yang dihadapi rasulNya

maka, kuatlah wahai hati…

“Sesungguhnya, Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.” (73:5)

untuk mencapai kebasahan hati…

untuk terstabat di jalan ini…

ku seru diri dan hati…Islah kanlah …


INILAH JALANKU. MANA JALAN KAMU?

Katakanlah; “inilah jalanku, aku mengajak manusia kepada Allah dengan hujah yang nyata…” (Surah Yusuf : 108)


February 2008
M T W T F S S
    Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

jiwa2 yg datang

Blog Stats

  • 12,643 hits

Video best

Top Clicks

  • None

Categories