Wahai Jiwa yang Tenang

Archive for February 2009

Hmm.. hari-hari terakhirku? (Hm..macam dah tau ‘date line’ je pulak kan. tp kite memang selalu bersedia untuk itu pun kan ?) Ye, hari-hari terakhir saya di bumi beriklim khatulistiwa ni. Ramai yang SMS dan Call bertanya « Macam mana ? dah prepare everything ? » Hmm.. dan jawapan stéréotype yang diberi hanyalah, « Physicallly smua dah ready… »

Berat sekali rasanya untuk melangkah pergi. Bukan senang safar ini. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain. Lagi kan pula tempat ditarbiyah. Oh, banyak sangat yang ditimba selama di bumi ini. Pengalaman suka dan duka… semuanya akan membuatkan saya ‘kangen bangat’ sama bumi ini.

Kalau diikutkan hati, rasa tak mahu pergi. Serius! Kalau tak mengenal tarbiyah, mungkin ‘heppi’ nya bukan kepalang, yelah nak merantau di negeri orang. Tapi bukan itu yang dirasa dalam hati ini kini. Sebaliknya sentiasa berdebar-debar pabila memikirkan amanah yang dibawa. Kalau di sini, bila terjatuh (tak sempat terjatuh pun) dah ada orang yang sambut. Bila nak terbuat salah, dah ada yang akan menegur terlebih dahulu. Tapi selepas ini, banyak yang harus di timbang sendiri.

Semalam akhawat yang telah selamat sampai di UK call. Wa, seronok betul dengarnya suara mereka. Main salji, jalan2… tp yang paling seronoknya, mereka sudah solat jemaah sama2, makan sama2, sudah bertazkirah sama2… Huuuu, nak pergi UK!!! Jerit hati ni. Memang sejak dari foundation dulu dah aim nak ke sana. Tp, ya, Allah dah rancang yang terbaik. Mungkin kini seharusnya saya lebih independent. Tiba pula masa nya untuk berkongsi cahaya ini dengan yang lain tanpa mengharapkan akhawat lain. dan… Inilah pesanan murabbi…

adik,
tiba masa kau sendiri
tatihanmu bukan lagi dengan pimpin tanganku
jatuh bangunmu bukanlah lagi depan mataku

masih teringat waktu dahulu
sedikitnya kita bukan penghalang
kurangnya kita bukan kekurangan
mana yang banyak sama kita kongsikan
mana yang sikit sama kita rasakan
segala yang susah kita usahakan
apa yang mudah kita teruskan…

adik,
kalaulah kau tahu
adakalanya berbunga-bunga hari silamku
adakalanya begitu kelamnya hari-hariku
semua dengan adanya kamu
semua kerana adanya kamu
hadir kalian mencalit warna-warna hidupku
memberi harapan kepada ‘rumah teduhanku’
membawa siraman kepada maraknya api
yang menjahanamkan rumah kita yang sedang terbakar ini…

adikku sayang,
aku telah bertemu cahaya
dari lilin para guru yang menghulur kepadaku
lalu aku jaga cahaya itu penuh hati-hati
walau terkadang cahayanya seakan mahu malap
dan aku kongsikan cahaya itu denganmu
agar jangan kau ulangi menempuh zulumat
menghitam pekat hatimu sepertiku dulu…

dari saat gelap hitam kembaraku
lalu dicahayakan dan ditunjuki jalan
lalu kini kucuba lakukan yang sama untukmu
walau sedar diriku punyai sejuta perkara yang kurang
namun tetap kucuba pastikan
lilin yang diberikan kepadaku terus marak nyalaannya
agar dapat terusku membakar lilin buatmu, adikku..

tika itu,
saat aku mula kembara sendirian
aku tahu satu hari aku perlu melepaskanmu dari tatihan
aku tahu kau perlu berjalan dan berlari sendirian
agar kau belajar mempertahan jalan ini
agar kau belajar menghargai nikmat ini
nikmat keberadaan di jalan ini
nikmat jatuh bangun di jalan ini
nikmat jalan dakwah, jalan kita ini..

adikku, kesayanganku,
betapa hatiku berdebar gusar melepaskan tanganku
betapa aku takut membiarmu sendiri
merencana nasib sendiri
menilai-nilai jalan kiri dan kanan secara bersendiri
namun aku tahu
inilah masanya melepaskanmu

telah dibekalkan safarmu dengan kata azimat
telah disematkan di dadamu dengan al-hikmah
telah diperkenalkan padamu al-Furqan
maka berjalanlah, berlarilah
walau jauh dariku, pergilah
pergilah
pergilah…

semoga suatu hari nanti
kamu dan aku bisa berkumpul semula sebagai satu
untuk berlarian bersama sekali lagi,
mencari jiwa-jiwa untuk dicahayakan

atau mungkin jika tidak
moga waktu itu sudah tiba masanya untuk bersama
menikmati indah kampung yang menghijau malar
meneguk air sungai yang nyaman segar
bersenang-senang dengan para wildanun mukhalladun
membawa hidangan-hidangan..

adikku,
terbanglah semahumu
namun jangan kau kaburkan tempat kembalimu nanti…

saz
fatehbangi


Oho..terharu tatkala membaca pesanan tersebut. (walaupun mungkin ia tidak ditujukan khas untuk saya, tapi x kirelah, nak terase jugak)

Ok, kepada anda semua, doakan saya ye…


February 2009
M T W T F S S
« Dec   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

jiwa2 yg datang

Blog Stats

  • 12,558 hits

Video best

Top Clicks

  • None

Categories