Wahai Jiwa yang Tenang

Terkedu!!

Posted on: June 11, 2009

Dia tersenyum..

Lalu saya pun membalas senyumannya kembali, lantas terus menoleh ke kiri, arah jalan,

melihat nombor bas yang lalu.

Bukan.. ni bas 345. Boleh je nak naik, tapi nanti kene jalan jauh pulak nak sampai rumah.

Menoleh ke kanan pula, melihat papan kenyataan jadual bas.

333..Urm.. Lagi 7 minit..

Pandangan dilontarkan pula ke arah lantai. Tiada apa. Mata sebenarnya sudah berat.

Dan fikiran pun melayang, muhasabah kembali perjalanan sepanjang hari tadi.

********************************

Dimulakan dengan qiam dan solat subuh, diikuti dengan tilawah dan matsurat.

Sarapan pagi dengan ‘cereal- Kellogg’s Corn Flakes’ dan susu sambil melayari internet.

Meng’klik’ satu per satu tajuk-tajuk berita utama, antarabangsa dan juga national.

“Malaysia makin panas, dijangka ElNino bakal bertandang awal Ogos”,

“Perarakan besar di Pakistan”, “Kadar Swine flu tertinggi di Melbourne, Victoria” etc.

Mata mengantuk, tetapi memaksa diri cergas, mengemas buku dan bilik.

Tengahari, ke perpustakaan, singgah di ‘Assignment Minder’, untuk mengutip Assignment CLB452.

Keputusan? Alhamdulillah..

Cahaya terik matahari, namun angin dingin nian. Terus lari menuju perpustakaan.

Hmm..same je. Sejuk jugak. Library ni patut pasang heater ni..

Jari jemari serasa keras dek kedinginan. Tapi bertahan demi mengulangkaji untuk exam esok.

Pulang ke rumah untuk solat Asar dan makan. Rezeki hari ini, mee segera, Alhamdulillah.

Kemudian ke makmal komputer untuk akses internet, ulangkaji juga.

Magrib pulang semula dan ada janji temu, ‘discussion’ untuk exam esok.

Malam ni lepas kelas Arabic, ada discussion dengan ahli rumah lagi.

Entah kenapa, risau sangat untuk kertas terakhir ni.

Usai discussion, makan malam bersama ‘housemate’. Rezeki malam ni, bihun goreng. Alhamdulillah.

Malam ni tak boleh bercerita panjang, harus segera tunaikan solat Isyak dan bergegas ke kelas bahasa Arab.

Sempat kejar bas jam 7.20pm.

Sampai di QUT Gardens Point tepat jam 7.27pm. Bergegas ke arah peta, mencari blok O. Malam ni kelas di bilik O-604.

Berlari mencari kelas. Tiba lewat sedikit, Alhamdulillah, kelas belum bermula. Makin sedikit orang yang datang. Mungkin kerana minggu peperiksaan. Ditegur oleh kakak, sahabat sekelas tentang mata saya yang merah.

“Angin luar sejuk kot. So, mata kering”.

Jawapan yang ringkas, mungkin juga relevan, mungkin juga tidak. Hakikatnya, saya mengantuk.

Seperti selalunya, kelas bahasa Arab kali ni juga menarik. Dan kata-kata ‘al-mudarris’ yang paling saya ingat

walaupun secara berseloroh, “You are Muslims, you should know Arabic”

gulp… naam..

Dan juga seperi selalunya, terlepas lagi bas QUT yang terakhir ke CLV malam ini. Terpaksa berjalan ke stesen bas King George Square.

tapi tak pe, boleh berborak dengan ‘akhawati’ sambil berjalan.

Ye, seronok sangat bila dapat berbual dengan mereka. Minggu depan dah tak dapat hadir ke kelas ni.

Huhuuu..

**************************************

Tiba-tiba dia sudah terpacul berdiri di hadapan saya, kiri sedikit.

eh, bila masa dia datang?


Dia : May God Bless you.

Saya :  Oh, thank you (senyum)

Dia :  Do you know that He loves you so much? He died for us. Jesus died for us…

Saya :  … (senyum)

Dia :  I pray so that your days are blessed. I hope you had a wonderful day today. Did you have a wonderful day?

Saya : Yes, I did. (always do, insya Allah). How about you?

Dia :  My day was wonderful. I just came back from beach… from Gold Coast.

Saya :  (Jauhnye) Alone?

Dia : Nope… with Jesus. I feel so calm now.

Saya :  …  (senyum)

Dia : (pegang lengan kiri saya) He is so… He died to clean us… <saya tak berapa ingat kata-kata dia>

dan menghulurkan kepada tangan kanan saya kad kecil (bersaiz kad pengenalan) ini;

card

Saya :  …  (tergamam, terkedu, etc…)

Dan bas no.333 pun sampai.

Dia :  Oh, bus.

Saya : Yeah. thank you

Dia :  May God bless you

Saya :  (senyum)


Sepanjang perjalanan saya termenung mengingat kembali peristiwa tadi.

Saya rasa sedih sangat.

Sedih sebab saya tidak memperkenalkan kepada dia, tuhan yang haq, Allah.

Sedih sebab saya tidak memberi dia apa-apa.

Sedih sebab saya tidak bersemangat seperti dia.





 

Advertisements

4 Responses to "Terkedu!!"

salam ziarah..
esyah…rndu sma kamu..

Salam the mujaddid,
ehhee, rindu2 plak…
kite dah sampi cni dah…

Salam ukhti… masya-allah…
u got the chance.. u got the chance..
ukhti, i suggest that u start a study on this matter.. go through the Deen show.. and take ur time to watch most of the episode.. i-allah, one day, u’ll be able to reply her word..
at least.. by asking 1 question, with smile face;
How could a loved father, sent his one and only son to be killed by the sinful mankind merely to wipe their sins…?
u could not say that.. as a lovely father.. yet, He’s so cruel!

wallahua’lam..

Hopefully, Allah will give u the courage and strength to do so..

same je nti ni dgn ummu
Allah buka peluang depan mata..
Semoga dapat memanfaatkan peluang itu demi syurga-Nya..

🙂

Huhuuu..hmm..baeklah cik servant.
Insya Allah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

June 2009
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

jiwa2 yg datang

Blog Stats

  • 12,643 hits

Video best

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: