Wahai Jiwa yang Tenang

Archive for June 13th, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Saya sebenarnya masih tercungap-cungap ketika menaip untuk entry ni. Kenapa? Begini kisahnya…

***

Flight saya ke Auckland hari ni berlepas pada jam 10.15am. Dan untuk penerbangan antarabangsa, penumpang seharusnya ‘check in’ 120minit sebelum waktu penerbangan. Tapi untuk kes saya, yang tertera pada itinerary, saya seharusnya cek-in 90 minit sebelum waktu penerbangan.

Jadinye, saya pun sudah budget masa untuk naik bas ke Roma Street train station dan seterusnya ke Brisbane International airport. Begini kira-kira yang saya buat;

Flight boarding10.15am

Kene check in 90 minit sebelum flight boarding 8.45am

Train ke airport, 30minit – 8.15am (bt train schedule8.07amsaya memang kene naik yang ni, sebab yang seterusnya jam 8.37am)

Dari Kelvin Grove busway ke Roma Street, lebih kurang 5 minit -bus akan sampai pada jam 7.46am

Jalan kaki ke KG busway, kira-kira 5minit 7.40am.

[yang kaler merah tu waktu yang saya patut berada di tempat tersebut]

Waa..cam perfect rite?


Di pagi hari Sabtu, 13 Jun 2009.

Alhamdulillah saya bangun Subuh, diikuti matsurat dan tilawah. Kemudian, berkemas-kemas lagi untuk beberapa barang dan final check smua luggage dan dokument-dokument penting.

Kemudian breakfast. Niatnye nak brekfes dengan nasi dan lauk malam tadi. Tapi bile pergi dapur, tegok2 dah tak de. Mungkin housemate saya kelaparan tengah malam tadi. Tak pelah, jadi saya pun godek2 la ape2 yang patut dimakan daripada peti sejuk. Alhamdulillah, ade, Terime kasih Allah!

Sememang sudah ditakdirkan, ade sesuatu yang tidak boleh dielakkan berlaku ke atas saya (suspen2). Takpe la, dipendekkan cerite, saye terlewat daripada masa yang saya budget. Jam dah menunjukkan pukul 7.30! Saya bersiap secepat mungkin dan seterusnya solat musafir 2 rakaat sebentar. Sempat salam cik Tip je di bilik sebelah dan pesan pada dia untuk sampaikan salam pada cik Leni. Saya keluar daripada rumah, dah pkul 7.40. Tapi tunggu lift lame la pulak.

Keluar je lift, saya terus berlari. Saya lupe kalau ke busway 5 minit jalan kaki adalah pada kadar jalan kaki yang laju, dan kene lalu banyak tangga. Jadi tukar plan, kene lalu jalan lain. Ouh, beg ni agk berat pulak tapi lari jugak sambil menarik beg. Masa melintas jalan sambil berlari tu, “PAANNGG” tetibe saya terlepas pemegang beg. Beg saya jatuh! Uih, malunye. Dah la masa tu ramai orang, nak ke exam hall barangkali. Ah, lantaklah, bukan ade yang kenal pun (kot). Saya cek beg, alhamduillah, x de ape yang patah or what.. Dan larian diteruskan.

Setibanya saya di busway, dalam lift, bus itu pergi meniggalkan saya… Bas seterusnya bus no 333 akan tiba jam 8.01am. (insya Allah sempat dalam perkiran saya). Tunggu punya tunggu, akhirnya bas no 333 itu pun tiba jam 8.02am.

Tiba di Roma Street, jam dah menunjukkan tepat 8.07am. Saya terus berlari mengangkut beg ikut tangga. Memang tak sempat kalau tunggu lift. Larian dipecut mencari papan kenyataan waktu train berlepas dan platform. Masa tu dah berkelip2 dah line “AIRPORT-PLATFORM 7- 8.07am“. Dan kedengaran pegumuman terakhir dibuat.

Pecutan larian ditambah dan sekali lagi naik tangga ke platform 7. Masa tu memang dah tak peduli dah orang lain. Tak kesah lah, bukan nye diorang kenal pun kan. Dalam keadaan termengah-mengah tu, saya dengar bunyi train berlepas. Dalam hati berdoa mintak-mintak yang tu bukan train ke airport. Bila saya naik ke atas, memang, train itu lah yang baru berlepas tadi.

Buntu! Next train pkul 8.37am. Memang tak sempat kalau nak sampai airport sebelum 8.45am. Lalu, saya membuat keputusan untuk menaiki teksi daripada city. Lantas berlari kembali ke bus stop. Tidak lama tunggu, bas pun tiba. Sampai je di city, saya terus call teksi. Jam sudah menunjukkan pukul 8.15. Menunggu di depan King George Square lebih kurang 5 minit, akhirnya teksi pun sampai.

“I need to go to the international airport ASAP, please. How long will it take?” i said to the taxi driver.

“It will be approx. 20 mins, insya Allah” said the taxi driver.

Yep, he is a muslim, from Somalia. Dalam perjalan, banyak juga yang kami bualkan. Bermula dengan topik Malaysia, Mahathir, Pak Lah hinggalah kepada isu Islam di Malaysia dan Somalia. Dan kami sama-sama setuju, di tempat kami masing-masing, walaupun negara Islam, dan penduduknya ramai Muslim, tetapi islam sebenar itu tidak dipraktikkan. Jenayah, corruption, sosial etc.

He commented, “They are Muslim, but they dont have the Imaan”. At certain points, i agree with him. Benar, islam itu tidak terlihat daripada orang Islam. (Nanti kite kupas isu islam vs Islam ni, insya Allah).

“Sister, it only took us 15mins because the traffic is smooth this morning.” katenye bile tiba di pintu gerbang Brisbane International Airport.

Saya mengucapkan ‘Jazakallah’ kepadanya sebaik membayar tambang dan dia membalas dengan Salam dan doa kesejahteraan saya. Tengkiu pak cik!

Turun je dari teksi, terus berlari ke pintu masuk ‘departure’. Waa..banyaknye kounter yang mane satu ni? Berlari ke kaunter pertanyaan. “Owh, it’s at the row 4” kate pakcik yang saya tanya tu. Dan, saya berlari lagi ke kaunter di baris 4 tu. Waa..sehat hari ni!

Yeah, akhirnya, saya berjaya check in di kaunter tepat jam 8.45am. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

“Here is your boarding pass. Your boarding time is 9.45am at the gate 77”. She said with smile.

Saya saja bertanya kepada akak yang jage kaunter tu, kalau untuk penerbangan antarabangsa, selewatnye pukul brape saya kena check in? Dan jawapan beliau,

“The latest is 1 hour or 45 minutes before boarding time, but it will be good if you come earlier, because you may need more time at the Customs”

Hhmm.. ok la.. Saye kire-kire, mungkin sempat je kalau saya tunggu train tadi. Tapi, “Tiada satu pun yang mungkin berlaku lebih baik daripada apa yang telah berlaku, kan?”

Dan saya sangat berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan RedhaNya dan Dia juga memudahkan urusan saya yang bersendirian ni. Haa, ade satu lagi peristiwa yang best tadi masa melalui Kastam, di bahagian cek beg tu. Ade sorang pakcik bagi Salam kat saya. Huhuuu..seronok sangat. Terasa memang benarlah ikatan kita ikatan yang paling agung, ikatan aqidah. Walaupun saya tidak mengenalinya, tapi dia mengenali saya, simply because I’m wearing hijab.

Yee..Berbahagialah wahai kaum wanita, anda sentiasa membawa ‘bendera/panji’ islam dengan hijab/tudung yang anda pakai! Berbahagia dan merasa Izzahlah dengan islam mu!

Ok, pengajaran yang boleh didapati daripada kisah saya ni;

1) Bagi yang merancang untuk travel, sile rancang perjalanan anda sebaiknya. Tambah masa extra daripada yang dirancang untuk sebarang kejadian di luar dugaan.

2) Fikirkan alternative perjalanan anda. (contohnya, kalau terlepas train, alternative nya mungkin teksi ect)

3) Jangan lupe solat sunat musafir sebelum bermusafir, insya Allah, banyak barakahnya. Dan betulkan niat, ok! (Peringatan buat diri saya sendiri. G auckland bukan untuk melancong ye!)

4) Jangan panik bile anda rase anda lewat. Boleh je datang 45minit sebelum boarding time (sy dh confirmkan td dgn akk kat kaunter tu..) Tp, Takpe je kalau datang airport awal. boleh buat banyak parkara yang bermanfaat, insya Allah.

Sampai di sini dahulu untuk entry kali ini. So, adios Brisbane

800px-Brisbane_International_Airport

and Allooha Auckland

75721309.T8VWW6o3.BKKMELAKLMar07044

Waiting for boarding time.

Gate 77,

Brisbane International Airport.

[posted from Jannatul Firdausi 6.12pm]

***

pic copied from
http://www.pbase.com/bmcmorrow/image/75721309
commons.wikimedia.org/wiki/File:Brisbane_Inte…

June 2009
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

jiwa2 yg datang

Blog Stats

  • 12,558 hits

Video best

Top Clicks

  • None

Categories