Wahai Jiwa yang Tenang

Archive for the ‘Luahan rasa’ Category

Bukan kerana nama…

aisyah's 21

Ukhuwah ini bukan kerana nama…

bukan kerana organisasi,

bukan kerana institusi.


Ukhuwah ini bukan kerana nama..

bukan kerana kerja,

bukan kerana harta.


Ukhuwah ini bukan kerana nama…

bukan kerana hobi,

bukan kerana populariti.


Ukhuwah ini bukan kerana nama…

bukan pada tempat,

bukan pada masa.


Ukhuwah kita bukan seperti kambing yang meragut rumput,

yang bersatu kerana berada di padang yang ragut yang sama.

Ukhuwah ini di hati,

biar tiada sering berjumpa,

namun sering disebut dalam kalimah rabitah hati.

“Sesugguhnya mukmin itu bersaudara..” (49:10)

**note:

– ‘Nama’ dalam gambar  tiada kena mengena dengan entry di atas.

– Jazakumullahu khairan buat ahlul bait “DarusSalam” untuk kek dan ukhuwah ini. Moga antuma sentiasa dalam “Salam”

Advertisements

Ulang tahun kelahiran “Sanah Helwah”, “Happy Birthday”, “Alles Gute zum Geburtstag”, “Joyeux anniversaire”  etc merupakan sinonim dalam bahasa2 lain kepada Ulang tahun kelahiran. Acap kali kita di zaman ini terutamanya di kala usia remaja ini (eh, remaja lg ke?), ulang tahun hari kelahiran merupakan salah satu daripada ‘event’ yang ‘bermakna’ dan dinanti-nantikan. Tambahan pula di dalam tamadun Barat ini (eh, tahu kan kalendar yang kita guna sekarang ialah kalendar Masihi?), rata-rata daripada kita akan menunggu-nunggu saat-saat tepat masuk jam 12 tengah malam tarikh sebelum ‘Hari Jadi” untuk kita mengucapkan “Happy Birthday!!”

Saya masih ingat ketika kami bersama-sama ‘celebrate’ birthday pakcik kami tidak lama dahulu. Hmm..tazkirah yang sangat terkesan di hati saya. Beliau menghargai usaha kami dengan kek dan satay untuk menyambut ‘birthday’ beliau, tapi antara yang mengesankan ialah.. “Birthday saya bukan harini” sebaliknya mengatakan bahawa birthday nya adalah sekian2 haribulan (menurut kalendar Hijr). Sambil tersenyum pakcik kata (lebih kurang bunyi ya) “Inilah hebatnya tamadun, sampai celebrate birthday pun, nak ikut cara (kalendar) mereka, kesian kite kan?”

Pada saya, ada logiknya juga pernyataan beliau tu. Betapa besarnya kesan tamadun kepada dunia, kerana majoriti penduduk dunia ini akan menurut cara hidup mereka yang memegang tamadun ketika itu. Dan sambutan ulang tahun kelahiran ini juga salah satu daripada cara hidup mereka. Kalau ditambah dengan megadakan party etc, hmm.. lebih-lebih lagilah.

Dan sebenarnya apa yang kita raikan? Kita bukan sahaja meraikan sudah berapa tahun kita hidup, sebaliknya kita juga meraikan ‘baki umur’ kita di dunia ini.Hmm..betul tak? Jadi, selayaknya hari ulang tahun kelahiran kita merupakan antara hari yang baik untuk kita muhasabah dan reflek, tentang apa yang sudah kita lakukan sepanjang tahun yang telah kita laui dengan jayanya. Dan juga menjadi tazkirah terbaik buat kita untuk bertanya pada diri, apakah perancangan kita untuk menguruskan baki umur yang tinggal (yang tidak diketahui sebenarnya) sebelum kita meninggalkan dunia yang fana ini.

images

Hmm..beberapa hari lepas merupakan hari ulang tahun kelahiran saya menurut kalendar Masihi.

( Sy lahir pagi 5 Syawal =] )

Dan biasalah, orang akan tanya,

“What is your wish?”

“Hmm.. A lot actually! But one of it now is…

I wish for ‘Ansariy’ or  ‘Harun’ now..

tunang n kawin

Haih..ape mimpi laa kali ni post entry pasal baitul muslim pulak ni? Takpelah kan, ha, nak share satu hadis Nabi

Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”

(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)

Moga bermanfaat..Ha, ingat tu. Urm..ok, Dah alang-alang tu, meh la nak crite siket pasal baitul muslim..

Apa itu baitul Muslim dan peranannya?

Baitul muslim bermaksud rumah tangga muslim. Ianya dibina daripada dua individu muslim yang FAHAM islam untuk melahirkan anak-anak yang juge FAHAM islam. Tarbiyah di dalam Baitul muslim sangat penting kerana di situlah sekolah pertama anak-anak islam ini. Maka, tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anak) ini di rumah merupakan antara crucial stage dalam rangka membentuk keFAHAMAN anak-anak ini. Daripada anak-anak ini, maka akan terhasillah pula masyarakat yang FAHAM islam. dan akan sama-sama memberi keFAHAMan tentang islam pula kepada orang lain. Seterusnya, daripada masyarakat yang FAHAM tentang islam ini, akan terbinalah pula negara yang FAHAM tentang syariat islam yang sebenarnya. Ianya tidaka akan hanya terhenti disitu, bahkan akan terus berkembang keseluruhpelosok dunia membentuk empayar islam sehinggalah islam itu menjadi ustaziatul alam atau pemegang kepada tamadun dunia. Wah, ni pehaman sendiri,  sile jangan quote definition ini ye (sebab ini bukan academic writing ok=] ).

So?

Hmm..pada dasarnya, sekadar ingin memberi pandangan, bahawa membina baitul muslim itu bukan mudah. Prosesnya bukanlah bermula selepas akad nikah, tetapi bertahun-tahun sebelum daripada itu lagi. Kita ambil contoh Imam Syafie..(urm..betulkan saya kalau saya silap tentang contoh ni), beliau merupakan tokoh islam yang sangat terkemuka dizamannya dan sangat hebat baik dari segi ilmunya mahupun sumbangannya. Nak kate hebatnya Imam Syafie ni, beliau boleh hafal kitab muata’  tu dalam masa 3 malam je. Hhm..pendek kate memang hebatlah imam Syafie ni. Bahkan, sehingga ke hari ini, saya yakin, belum ada lagi yang mampu menggantikan tempat beliau. Ketika ditanya kepada bapa beliau, apakah rahsianya mendidik anaknya sehingga menjadi sebegitu genius? Lantas beliau menjawab, “Aku menyediakan diriku 20 tahun sebelum kelahirannya” (urm..lebih kurang begitulah). Ha, maksudnya, bapa imam Syafie ni menjaga dari semua aspek, daripada pembinaan dirinya sendiri, sehinggalah saat memilih isteri dan mendirikan rumah tangga sebelum lahirnya Imam Syafie yang hebat tue.

KITE bagaimana?

Ha, kite pule bagaimana? Sejauh mana kite telah menyediakan diri kita sebagai individu muslim yang FAHAM sebelum melangkah ke tangga yang satu lagi, Baitul Muslim? Dan betul ke kite dah betul-betul FAHAM? jengjengjeng…

Hmm..kenape saya tulis entry ni?

Entahlah..mungkin sebab baru-baru ni, saya dengar a few ‘ura-ura’ ade orang2 nak melangkah ke anak tangga itu.. Urm..adekah entry saye ni kedengaran negatif? Jealous?  Opps, no no no.. let me clarify,ok.  I’m very3 happy for them ok. Saya sokong sangat2 bila ada individu-individu  di sekeliling saya yang akan melanglah ke alam itu. Tentulah, ianya  merupakan salah satu tangga daripada ‘sifir pembinaan ummat’ kan.. Cumenye, saya rase seakan-akan saya akan kehilangan ‘adik-beradik’ saya… (Entahlah, aseef kalau pemikiran saya seolah-olah skeptikal terhadap hal ni). Tapi perasaan itulah yang menerjah ke dalam diri di saat mendengar berita-berita gembira itu…Ya, perasaan yang sama tatkala Naqibah saya dulu melangkah ke Baitul Muslim. Gembira itu memang gembira, tapi perasaan ‘kehilangan’ itu tetap juga dirasa.. Dan kini, tiba pula masanya ‘adik-beradik’ sendiri juga akan meninggalkan saya…

Assalamualaikum semua.. masya Allah, dh bersawang gamaknye blogku ini..

ok, quick one for this entry…

– Saya dah start belajar bahasa Arab (sgt2 basic) tapi bagi saya memang itu pun tahap saya.  “Kenapa nak belajar bahasa Arab?”  “Sebab nak recall semula yang pernah dipelajari suatu ketika dahulu..?” “Sebab nak jadi multi-lingual person?”, “Sebab nak berkomunikasi dengan Arabs friends?” etc… Bagi saya pula?.

.. hhmm.. tatkala ditanya oleh seorang Kristian yang saya sapa terlebih dahulu dalam bas, “Why do u want to learn Arabic?” Jawapan saya hanya satu, “Lillahi taala..untuk cuba memahami surat-surat cintaNya..” Insya Allah, moga ia menjadi titik tolak yang barakah..amiin..

– Singgah sebentar di blog cik Ummu tadi.. sangat2 terasa sedih tatkala membaca entry bliau tentang kembaranya ke Spain.. Duh..gambar2 dan penerangan yang cik Ummu sertakan membuatkan saya terasa seolah-olah berada bersama mereka di sana.

– Akhir kalam untuk entry kali ini.. mengingatkan semula diri..

“I have a mission in this world!”

“Kamu takkan dapat menyentuh hati manusia dengan tarbiyah seadainya hatimu sendiri belum tersentuh sepenuhnya..”


“Ya Allah berilah ku kekuatan melaksanakan amanah Syahadatul Haq ini Ya Allah!!!!!”

Reminder oh cahaya jihad…;

ade seorang sister,

dia takkan lupe ingatkan diri dia utk setiap masa pasang niat utk cerita pasal islam pada org lain

or even pd diri dia sendiri

and she keeps remind me of dua

doalah pada allah agar diberi kita kekuatan untuk melaksanakan syahadah kita

doa

doa

doa

seorang sister tu juge sebut

ape yg drive dia utk buat semua nih

adalah kerana

keinginan dia yg sgt2 nak jumpa allah

dia xpikir pasal rewards syurga or else

tp dia nak sgt jumpa allah

dia takut dia xdpt jumpa allah

masyaallah

xpenah terpikir sampai camtuh skali dlm jalan nih

mungkin sbb tuh patern turun naik kite sgt teruk

org mungkin tgk kita sgt semangat

kdg2 semangat tu ialah utk cover dlmn yg kosong tuh

but believe me

kekosongan tuh dpt dirasai oleh org yg basah

sbb tuh, kena juga cite ape kita rasa, pada org lain

so that, kita tidak kering sorang2

ukhuwah kan paksi kita

betul tak?

x kesah la kat mana awak nak start

dr mana awak nak start

buatlah semua itu kerana awak mahu jumpa allah

awak mahu kasih sayang allah yg melimpah ruah tuh

awak buat kerana awak mahu dan awak faham!

*(Jzkk ukht A… atas tazkirah yang ikhlas ini!)
p/s “Kak, Saya sihat kat sini!”

Kita sering kata… daie mesti kuat hati
Kita sering kata… daie hati mesti besar
Kita sering kata… daie kena banyak bersabar
Kita sering kata… hati mad’u itu Allahlah yang pegang.

Dan kadang-kadang (in deed, most of the time)
Kata-kata hanya tinggal kata-kata
Hinggalah kita menghadapinya sendiri
Merasa bagaimana sepatutnya kita kuatkan hati
Merasa bagaimana besarkan hati
Merasa bagaimana harusnya bersabar dengan ma’u itu

Mengimani bahawa hanya Allahlah yang berkuasa atas segala sesuatu
Mengimani bahawa hanya Dialah yang memegang umbun-umbun setiap ciptaanNya
Meyakini bahawa kita tiada kuasa langsung melainkan apa yang diizinkanNya
Benar…!

**…takpe lah… mungkin lain kali… mungkin saya juga harus selesaikan sesuatu dahulu….

Hmm.. hari-hari terakhirku? (Hm..macam dah tau ‘date line’ je pulak kan. tp kite memang selalu bersedia untuk itu pun kan ?) Ye, hari-hari terakhir saya di bumi beriklim khatulistiwa ni. Ramai yang SMS dan Call bertanya « Macam mana ? dah prepare everything ? » Hmm.. dan jawapan stéréotype yang diberi hanyalah, « Physicallly smua dah ready… »

Berat sekali rasanya untuk melangkah pergi. Bukan senang safar ini. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain. Lagi kan pula tempat ditarbiyah. Oh, banyak sangat yang ditimba selama di bumi ini. Pengalaman suka dan duka… semuanya akan membuatkan saya ‘kangen bangat’ sama bumi ini.

Kalau diikutkan hati, rasa tak mahu pergi. Serius! Kalau tak mengenal tarbiyah, mungkin ‘heppi’ nya bukan kepalang, yelah nak merantau di negeri orang. Tapi bukan itu yang dirasa dalam hati ini kini. Sebaliknya sentiasa berdebar-debar pabila memikirkan amanah yang dibawa. Kalau di sini, bila terjatuh (tak sempat terjatuh pun) dah ada orang yang sambut. Bila nak terbuat salah, dah ada yang akan menegur terlebih dahulu. Tapi selepas ini, banyak yang harus di timbang sendiri.

Semalam akhawat yang telah selamat sampai di UK call. Wa, seronok betul dengarnya suara mereka. Main salji, jalan2… tp yang paling seronoknya, mereka sudah solat jemaah sama2, makan sama2, sudah bertazkirah sama2… Huuuu, nak pergi UK!!! Jerit hati ni. Memang sejak dari foundation dulu dah aim nak ke sana. Tp, ya, Allah dah rancang yang terbaik. Mungkin kini seharusnya saya lebih independent. Tiba pula masa nya untuk berkongsi cahaya ini dengan yang lain tanpa mengharapkan akhawat lain. dan… Inilah pesanan murabbi…

adik,
tiba masa kau sendiri
tatihanmu bukan lagi dengan pimpin tanganku
jatuh bangunmu bukanlah lagi depan mataku

masih teringat waktu dahulu
sedikitnya kita bukan penghalang
kurangnya kita bukan kekurangan
mana yang banyak sama kita kongsikan
mana yang sikit sama kita rasakan
segala yang susah kita usahakan
apa yang mudah kita teruskan…

adik,
kalaulah kau tahu
adakalanya berbunga-bunga hari silamku
adakalanya begitu kelamnya hari-hariku
semua dengan adanya kamu
semua kerana adanya kamu
hadir kalian mencalit warna-warna hidupku
memberi harapan kepada ‘rumah teduhanku’
membawa siraman kepada maraknya api
yang menjahanamkan rumah kita yang sedang terbakar ini…

adikku sayang,
aku telah bertemu cahaya
dari lilin para guru yang menghulur kepadaku
lalu aku jaga cahaya itu penuh hati-hati
walau terkadang cahayanya seakan mahu malap
dan aku kongsikan cahaya itu denganmu
agar jangan kau ulangi menempuh zulumat
menghitam pekat hatimu sepertiku dulu…

dari saat gelap hitam kembaraku
lalu dicahayakan dan ditunjuki jalan
lalu kini kucuba lakukan yang sama untukmu
walau sedar diriku punyai sejuta perkara yang kurang
namun tetap kucuba pastikan
lilin yang diberikan kepadaku terus marak nyalaannya
agar dapat terusku membakar lilin buatmu, adikku..

tika itu,
saat aku mula kembara sendirian
aku tahu satu hari aku perlu melepaskanmu dari tatihan
aku tahu kau perlu berjalan dan berlari sendirian
agar kau belajar mempertahan jalan ini
agar kau belajar menghargai nikmat ini
nikmat keberadaan di jalan ini
nikmat jatuh bangun di jalan ini
nikmat jalan dakwah, jalan kita ini..

adikku, kesayanganku,
betapa hatiku berdebar gusar melepaskan tanganku
betapa aku takut membiarmu sendiri
merencana nasib sendiri
menilai-nilai jalan kiri dan kanan secara bersendiri
namun aku tahu
inilah masanya melepaskanmu

telah dibekalkan safarmu dengan kata azimat
telah disematkan di dadamu dengan al-hikmah
telah diperkenalkan padamu al-Furqan
maka berjalanlah, berlarilah
walau jauh dariku, pergilah
pergilah
pergilah…

semoga suatu hari nanti
kamu dan aku bisa berkumpul semula sebagai satu
untuk berlarian bersama sekali lagi,
mencari jiwa-jiwa untuk dicahayakan

atau mungkin jika tidak
moga waktu itu sudah tiba masanya untuk bersama
menikmati indah kampung yang menghijau malar
meneguk air sungai yang nyaman segar
bersenang-senang dengan para wildanun mukhalladun
membawa hidangan-hidangan..

adikku,
terbanglah semahumu
namun jangan kau kaburkan tempat kembalimu nanti…

saz
fatehbangi


Oho..terharu tatkala membaca pesanan tersebut. (walaupun mungkin ia tidak ditujukan khas untuk saya, tapi x kirelah, nak terase jugak)

Ok, kepada anda semua, doakan saya ye…

* Berita harian Rabu, 17 Disember 2008, ms 46. Penduduk gaza makan rumput.

Ibarat jantung ini berhenti seketika tatkala membaca tajuk berita tu tadi… Ini tentu kerja si laknat Israel! Hah, memang betul sangkaanku. “Israel menutup semua pintu masuk ke Gaza yang menempatkan 1.6 juta penduduk”. Astaghfirullahalazhim…

Itulah keadaannya di sana. Di sini, makannya paling kurang 3 kali sehari – breakfast, lunch, dinner. Itu tak termasuk high tea atau súper atau makanan2 ringan yang lain.

Tidak pasti berapa ramai yang baca artikel tersebut. Dan yang penting, berapa ramai yang sedar…

“Kami Cuma makan sekali sehari dan rumput juadahnya.” – Amra Abu


November 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

jiwa2 yg datang

Blog Stats

  • 12,643 hits

Video best

Top Clicks

  • None

Categories