Wahai Jiwa yang Tenang

Kita sering kata… daie mesti kuat hati
Kita sering kata… daie hati mesti besar
Kita sering kata… daie kena banyak bersabar
Kita sering kata… hati mad’u itu Allahlah yang pegang.

Dan kadang-kadang (in deed, most of the time)
Kata-kata hanya tinggal kata-kata
Hinggalah kita menghadapinya sendiri
Merasa bagaimana sepatutnya kita kuatkan hati
Merasa bagaimana besarkan hati
Merasa bagaimana harusnya bersabar dengan ma’u itu

Mengimani bahawa hanya Allahlah yang berkuasa atas segala sesuatu
Mengimani bahawa hanya Dialah yang memegang umbun-umbun setiap ciptaanNya
Meyakini bahawa kita tiada kuasa langsung melainkan apa yang diizinkanNya
Benar…!

**…takpe lah… mungkin lain kali… mungkin saya juga harus selesaikan sesuatu dahulu….

Advertisements

Hmm.. hari-hari terakhirku? (Hm..macam dah tau ‘date line’ je pulak kan. tp kite memang selalu bersedia untuk itu pun kan ?) Ye, hari-hari terakhir saya di bumi beriklim khatulistiwa ni. Ramai yang SMS dan Call bertanya « Macam mana ? dah prepare everything ? » Hmm.. dan jawapan stéréotype yang diberi hanyalah, « Physicallly smua dah ready… »

Berat sekali rasanya untuk melangkah pergi. Bukan senang safar ini. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain. Lagi kan pula tempat ditarbiyah. Oh, banyak sangat yang ditimba selama di bumi ini. Pengalaman suka dan duka… semuanya akan membuatkan saya ‘kangen bangat’ sama bumi ini.

Kalau diikutkan hati, rasa tak mahu pergi. Serius! Kalau tak mengenal tarbiyah, mungkin ‘heppi’ nya bukan kepalang, yelah nak merantau di negeri orang. Tapi bukan itu yang dirasa dalam hati ini kini. Sebaliknya sentiasa berdebar-debar pabila memikirkan amanah yang dibawa. Kalau di sini, bila terjatuh (tak sempat terjatuh pun) dah ada orang yang sambut. Bila nak terbuat salah, dah ada yang akan menegur terlebih dahulu. Tapi selepas ini, banyak yang harus di timbang sendiri.

Semalam akhawat yang telah selamat sampai di UK call. Wa, seronok betul dengarnya suara mereka. Main salji, jalan2… tp yang paling seronoknya, mereka sudah solat jemaah sama2, makan sama2, sudah bertazkirah sama2… Huuuu, nak pergi UK!!! Jerit hati ni. Memang sejak dari foundation dulu dah aim nak ke sana. Tp, ya, Allah dah rancang yang terbaik. Mungkin kini seharusnya saya lebih independent. Tiba pula masa nya untuk berkongsi cahaya ini dengan yang lain tanpa mengharapkan akhawat lain. dan… Inilah pesanan murabbi…

adik,
tiba masa kau sendiri
tatihanmu bukan lagi dengan pimpin tanganku
jatuh bangunmu bukanlah lagi depan mataku

masih teringat waktu dahulu
sedikitnya kita bukan penghalang
kurangnya kita bukan kekurangan
mana yang banyak sama kita kongsikan
mana yang sikit sama kita rasakan
segala yang susah kita usahakan
apa yang mudah kita teruskan…

adik,
kalaulah kau tahu
adakalanya berbunga-bunga hari silamku
adakalanya begitu kelamnya hari-hariku
semua dengan adanya kamu
semua kerana adanya kamu
hadir kalian mencalit warna-warna hidupku
memberi harapan kepada ‘rumah teduhanku’
membawa siraman kepada maraknya api
yang menjahanamkan rumah kita yang sedang terbakar ini…

adikku sayang,
aku telah bertemu cahaya
dari lilin para guru yang menghulur kepadaku
lalu aku jaga cahaya itu penuh hati-hati
walau terkadang cahayanya seakan mahu malap
dan aku kongsikan cahaya itu denganmu
agar jangan kau ulangi menempuh zulumat
menghitam pekat hatimu sepertiku dulu…

dari saat gelap hitam kembaraku
lalu dicahayakan dan ditunjuki jalan
lalu kini kucuba lakukan yang sama untukmu
walau sedar diriku punyai sejuta perkara yang kurang
namun tetap kucuba pastikan
lilin yang diberikan kepadaku terus marak nyalaannya
agar dapat terusku membakar lilin buatmu, adikku..

tika itu,
saat aku mula kembara sendirian
aku tahu satu hari aku perlu melepaskanmu dari tatihan
aku tahu kau perlu berjalan dan berlari sendirian
agar kau belajar mempertahan jalan ini
agar kau belajar menghargai nikmat ini
nikmat keberadaan di jalan ini
nikmat jatuh bangun di jalan ini
nikmat jalan dakwah, jalan kita ini..

adikku, kesayanganku,
betapa hatiku berdebar gusar melepaskan tanganku
betapa aku takut membiarmu sendiri
merencana nasib sendiri
menilai-nilai jalan kiri dan kanan secara bersendiri
namun aku tahu
inilah masanya melepaskanmu

telah dibekalkan safarmu dengan kata azimat
telah disematkan di dadamu dengan al-hikmah
telah diperkenalkan padamu al-Furqan
maka berjalanlah, berlarilah
walau jauh dariku, pergilah
pergilah
pergilah…

semoga suatu hari nanti
kamu dan aku bisa berkumpul semula sebagai satu
untuk berlarian bersama sekali lagi,
mencari jiwa-jiwa untuk dicahayakan

atau mungkin jika tidak
moga waktu itu sudah tiba masanya untuk bersama
menikmati indah kampung yang menghijau malar
meneguk air sungai yang nyaman segar
bersenang-senang dengan para wildanun mukhalladun
membawa hidangan-hidangan..

adikku,
terbanglah semahumu
namun jangan kau kaburkan tempat kembalimu nanti…

saz
fatehbangi


Oho..terharu tatkala membaca pesanan tersebut. (walaupun mungkin ia tidak ditujukan khas untuk saya, tapi x kirelah, nak terase jugak)

Ok, kepada anda semua, doakan saya ye…

* Berita harian Rabu, 17 Disember 2008, ms 46. Penduduk gaza makan rumput.

Ibarat jantung ini berhenti seketika tatkala membaca tajuk berita tu tadi… Ini tentu kerja si laknat Israel! Hah, memang betul sangkaanku. “Israel menutup semua pintu masuk ke Gaza yang menempatkan 1.6 juta penduduk”. Astaghfirullahalazhim…

Itulah keadaannya di sana. Di sini, makannya paling kurang 3 kali sehari – breakfast, lunch, dinner. Itu tak termasuk high tea atau súper atau makanan2 ringan yang lain.

Tidak pasti berapa ramai yang baca artikel tersebut. Dan yang penting, berapa ramai yang sedar…

“Kami Cuma makan sekali sehari dan rumput juadahnya.” – Amra Abu

“di dalam sendu yang teramat
Kulihat senja yang berlabuh
Dan malam pun melepas layer
Kaku aku di sini bersama harapan terbakar…

Siapa di antara kita
Yang dahulu memulai sengketa….”

Jelas sekali bait-bait lagu itu masuk menembusi corong telinga sy yang menjadi halwa telinga para pengunjung kedai makan di Pasar Peladang tengah hari tadi… Abah terpaksa membawa anak2nyaa makan di kedai sebab mak takde… (hehe..bukan tu reason utama, sebenrnye rumah tengah diubahsuai…so xda dapur utk masak).. Masa makan tadi sebenarnye hati ini turut berlagu mengikut lagu tu… mane taknye, tu lagu jahiliyah favourite tuu by artist yang pernah menjadi pojaan hatikuu suatu ketika dahulu sbb die terer angkat kening sebelah.. Ingat lagi, sy usaha sungguh2 nk tiru style dia angkat kening sebelah tu..(akhirnye berjaya taw).Kenal x sape? Ha..ZZ.. x kenal jugak? xpelah, x payah kenal.. bukan syarat masuk Syurga =P

Haaaa…. terkenang kembali zaman jahiliyah… uisk…jahilnye! tetibe teringat pulak “pakcik jahiliyah” yang kerap kali menghantar SMS yang boleh dikategorikan sebagai “mengarut” sejak kebelakangan ini… Ape kene la dengan dia agaknye.. Sengaja nk mengungkit kesah silam. Resah juga jiwa ni. Maka terpaksalah meng”add” no beliau ke dalam “No. Screening” biarla dia msg sensorang.. mungkin itu yang terbaik. Ha..tambah meresahkan jiwa bile ade seorang mak cik ni- mak kepada seorang sahabat berlainan jantina tetiba call dan SMS semasa dalam bus kelmarin. Jeng jeng jeng…jgn salah faham..xda ape2. Kali ni beliau SMS utk menyatakan rasa sedihnya kerana sikap saya sebelum ini… Aduhh, apelah yg telah kulakukan Ya Allah?? Yang mampu dilakukan hanyalah membalas SMS meminta maaf dan meneutralkan sahaja keadaan..biarlah. Beliau hanya inginkan yang terbaik utk anaknya..

Huhuu..semua itu gara-gara jahiliyah… .. saat2 diri hilang pedoman.. Masa tu bukan tak tahu ape itu perkara2 jahiliyah… Cume saje nk buat..BEST! (best duduk dalam lumpur itu???) Namun, syukur kerana mujur Allah izinkan kafilah Tarbiyah mengutip sy di tepi jalan. Bukan senang nak menyingkirkan semua tu! Ha, saye selaku AJK kebersihan di Dz tahu macam mana susahnya nk menanggalkan kotoran degil di dinding dan lantai toilet n bath room kat rumah tu. Kene pakai clorox, sabun dan berus. yahyah..susah tau. Tapi lepas beberapa minggu, kulat dam kotoran itu akan muncul kembali.. Macam tu jugalah diri ini.. Mungkin di awal perkenalan dengan Tarbiyah, semangat nak mencuci karat2 itu sungguhla beriya. Tapi, mungkin jarang diservis, hakikatnya ya, masih berbaki lagi karat2 jahiliyah di dalam diri ini..

Teringat kisah sahabat kalau tak silap Abu Dzarr ketika beliau memanggil Bilal dengan panggilan “hai anak perempuan hitam”. Rasulullah ketika mengetahui hal itu bukannya nak nasehat dengan cara “Eh, x baik ckp macam tu Abu Dzarr… Cepat minta maaf”.. Tidak… Tak.. Bukan itu dialog Rasulullah. Sebaliknya, baginda hanya mengatakan. “Kau masih Jahiliyah!” Waa.. kerasnya ancaman itu.. Maka Abu Dzarr pun terus meletakkan mukanya ke tanah dan nekad tidak akan bangkit selagi Bilal tidak memijak mukanya ke tanah…

Lalu saya pun terkenang peristiwa malam Rabu yang lalu.. Ketika saya memarahi seorang sister kerana alasan yang kalau dfikirkan kembali, memang tak munasabah. Huhu… Saat itu kesah sahabat berdua itu terus menerpa di ingatan.

Arrgghh.. “Aku masih Jahiliyah!”

*** Maafkan saya ye Nai…

Rindu…

aah.. aku rindu…

Rindu pada hangatnya pelukan ukhuwah…

insan -insan yang ku rindui…

*hujung tahun ni kita berkampung ya!…

Hmm… ape yang saye nk sampaikan kepada adik-adik nie…

macam mane nak sampaikan kalau hati saye nie sendiri ‘kering’

kerana saye percaya bahawa hanya hati yang basah sahaja yang boleh membasahkan hati insan lain

run2.jpg

“…akan ku tinggalkan…masa gelapku..
takkan berhenti..berlari…!”
sayup-sayup ku mendengar bait-bait lagu firdaus n akbar
dari corong speaker Acer milik kak Yam di belakangku…
hmm..kembali ku refleksi diri..
hujung minggu yang kulalui kali ini sungguh istimewa (in fact, all are speacial)
tp, kali ni lain sikit..
kelmrin duduk mendengar kisah hidup syed Qutb…
entah kenapa, rase tertampar sungguh!
bukan tidak pernah ku dengar atau baca mengenai beliau,
tapi kali ni, rase macam…
ntah…faham dan rase dengan hati barangkali..
syed Qutb ni same je macam kite semua
makhluk Allah yang biasa…
tapi hidupnya selepas usia 40 tahun, memang luar biasa
beliau bisa bertukar arah hidup 180 darjah!
selama 40 tahun, beliau hidup dalam jahiliyah (walaupun hafaz quran,
tapi x faham lg dengan hati barangkali)
seorang yang sekular, liberal…

“kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia.”
baris terakhir perenggan pertama saja sudah menerangkan
betapa dalamnya perasaan beliau terhadap Al-Quran
selepas benar2 faham Islam..faham diri sbg Muslim…dan tanggungjawab.
beliau mengenal jahiliyah selama 40tahun,
dan hanya dengan memahami al_quran dengan sebenar-benarnya
telah mengubah, telah meluhur, memberkati dan membersihkan usianya slama itu
wah…hebat2! x cukup dengan perasaan shj,
Akhirnya beliau menegcap nikmat syahid di tali gantung
“x perlu kau ajari kalimat itu,
kerana untuk menegakkan kalimat itulah aku
rela mati hari ini!” itulah kalimat tayibah
“Lailaha illallah, muhammad rasulullah”

ya syahid! “Aku nak syahid fisabilillah!” mudah saja melafazknnya.
“Tapi betul ke nak syahid ni?”Ah..tertampar lagi!
betul ke dah sedia nak syahid? ..xda gaya nk syahid pun…
Amaln?Jariah? ibadah malam?Puasa, solat, Zakat? HAji?
tilawah, hafazan? akhlakmu? plg pnting, dan apakah
pula status hubunganmu denganNya???

“Sure ke, kalau after dis, izrail datang… adakah kau
terima kedatangannya dengn rela dan perasaan gembira
kerana bakal berehat dari kalut dunia dan
bakalmenemui Tuhan semesta alam ini, TUhan yang menciptakannya buat kali pertama.
atau…kau bakal memnta tangguh lagi…
kerana al wahn? atau alasan “x cukup amal?”

“arrgghHh!aku x layak syahid!!”
heh! mane bole ckp cmtu..ingat x sabda rasulullah
“sesungguhnya jika seseorang mati tanpa niat untuk mati syahid,
maka kematiannya sia-sia” Jadi? ha, niat la sekarang!

Hmm…nak masuk Jannah! tp…
dah2! xda tapi2 lagi!luhurkanlah, berkatillah
dan bersihkanlah usiamu sekarang! Usah toleh ke belakang lagi

“kamulah yang beruntung jika kamu beriman.”
kau dah dapat merasakan cahaya iman ini. maka bawalah ia sentiasa
bersamamu ke ceruk pelusuk mana pun yang kau pergi.
terangilah jiwa dan kejutkanlah orang2 yang masih tidur!

“bangkitlah! keluarlah kamu daripada lumpur jahiliyah itu!”
Ya! kalau bukan aku, siapa lagi?
kalau bukan sekarang, bila lagi?
kalau bukan dengan ISLAM…? (tepuk dada tanyalah iman…jawablah sendiri)

-keramat-
20080315

November 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

jiwa2 yg datang

Blog Stats

  • 12,643 hits

Video best

Top Clicks

  • None

Categories